Alhamdulillah...
Allah humma salli 'ala muhammad sayyidina wa maulana muhammad...
Ramadhan semakin hari semakin jauh akan pergi meninggalkan kita.Insyallah,jika dizinkan Allah,akan dipertemukan lagi kita untuk bertemu Ramadhan pada tahun yang berikutnya.Menjadi adat di alam Allah ini,bahawasanya setiap pertemuan itu pasti menyaksikan perpisahan...Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dan barakah.Malah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba Nya yang ikhlas beribadat.
Rasulullah pernah menyebut bahawa ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa.Pada permulaanya adalah rahmat,pada pertengahanya adalah pengampunan dan pada terakhirnya adalah pelepasan dari azab api neraka.
Entri kali ini,bolehlah disifatkan sebagai tazkirah untuk diri sendiri sekaligus berkongsi pesanan di penghujung ramadhan.Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam keadaan yang lalai.Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada,setiap jam yang dilalui,setiap minit yang ditmpuh,setiap saat yang ditunggu dan setiap detik yang berlalu untuk memastikan ramadhan kali ini adalah yang paling baik dan cemerlang.
1) Di 10 malam terakhir,Allah menjanjikan malam yang sangat berharga iaitu malam lailatul qadar.Oleh itu rebutlah peluang di tiap2 malam ini dengan berkorban masa dan tenaga dan apa sahaja kudrat yang termampu untuk mencari malam laiatul qadar ini.Lagi beruntung kepada seseorang itu jika amalan bangun malam ini bermula olehnya sepanjang ramadhan lagi.Di malam malam ini,Allah menjajikan ganjaran teramat amat besar di samping memakbulkan segala doa.
Ber'itikaflah!,bangunlah!,persembahkanlah!,taubat,harapan dan doa serta rintihan kerana malam itu hanya sekali setahun.
2)Perbanyakkan amalan membaca Al Quran,bersedekah jariah,solat sunat dan segala kebaikan kerana setiap amalan baik kerana Allah akan diberi ganjaran dan direkod sebagai bukti di alam barzakh kelak.
3)Di fasa terakhir Ramadhan adalah pelepasan daripada azab api neraka.Oleh itu,kita disarankan untu banyakkan istighfar,basahkan lidah dengan zikrullah,menyesali perbuatan yang telah dilakukan dan menanam azam tidak mengulanginya.Sesungguhnya Allah menanti taubat dan permohonan ampun dari hambaNya.
4)Sebelum berbuka puasa,ambil sedikit masa untuk berdoa dan beristighfar kerana waktu itu adalah antara satu masa mustajabnya doa.Afdhal dilakukan secara berseorangan.
Di kesempatan yang ada,sama-samalah kita memanfaatkan waktu yang ada untuk bersungguh sungguh memecut laju dalam beribadat pada penghujung bulan yang mulia ini.Beistiqamah dalam beramal itu dituntut.Berlumbalah pada kebaikan di saat ini,kerana kita belum tentu akan bertemu Ramadhan pada akan datang...
selamat hari raya!...maaf zahir batin
sekadar berkongsi..
wallahualam....
-mohd shahir mat jusoh-
No comments:
Post a Comment