Friday, 12 August 2011

akta jenayah aqidah

assalamualaikum....


segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam..selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad rasulullah s.a.w...


baru2 ini telah diusulkan satu akta baru di dalam sidang parlimen Malaysia yang khusus untuk membela aqidah umat islam di negara ini,khasnya bagi membendung gejala murtad yang sangat berleluasa berlaku dalam kalangan melayu islam umumnya...


Akta tersebut telah diusulkan sebagai Akta Jenayah Akidah,oleh salah seorang jemaah menteri iaitu timbalan menteri pelajaran,dr Puad Zarkashi.Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno,menyarankan agar diwujudkan akta ini khusus untuk membendung gejala murtad dan juga usaha memurtadkan orang islam di negara ini.Ini adalah kerana,bedasarkan fakta sahih di Malaysia,seperti yang dikhabarkan telah berlaku lebih dari 230,000 orang islam murtad memeluk kristian pada tahun 2008.Perkara ini telah dilihat sebagai satu keadaan yang amat serius yang sedang berlaku.


Secara zahirnya,gejala murtad ini berlaku adalah kerana pemantapan akidah dalam kalangan umat islam di Malaysia masih lagi tidak kukuh.Di Malaysia ini,sebut sahaja melayu maka secara automatiknya dikira sebagai islam.Namun begitu islam yang disebutkan itu hanyalah pada nama,tidak pada hati.


Di dalam Perlembagaan Malaysia,Perkara 3 (1) ada memperuntukan bahawa agama Islam itu adalah agama persekutuan,walau bagaimanapun agama-agama lain masih boleh diamalkan.Walaupun menurut tafsiran undang-undang bahawa Islam itu tidak dilabel sebagai agama rasmi,namun begitu kita begitu jelas bahawa agama utama yang diamalkan bagi Persekutuan Malaysia adalah islam.Agama islam telah diberikan hak keutamaan di negara ini termasuk seluruh umat islam.


Sebagai rakyat, kita perlulah jelas dalam memahami perkara ini.Oleh sebab itu,di dalam Perlembagaan ,Perkara 11(4) juga telah dinyatakan jelas bahawa,orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk menyebarkan atau berdakwah ajaran mereka kepada orang Islam yang bermaksud orang bukan islam tidak dibenarkan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.Dalam erti kata lain,orang bukan islam tidak boleh sama sekali menjalankan sebarang aktiviti ajaran mereka dengan bertujuan untuk umat islam menukar agama.


Menyentuh isu serbuan Jais di gereja damansara baru-baru ini,perkara ini harus dilihat dari pelbagai sudut pandangan.Pada pendapat aku,Jais boleh bertindak di bawah bidang kuasa undang-undang yang diperuntukan untuk membendung ajaran bukan Islam didakwahkan kepada umat Islam.Walaubagaimanapun,hasil siasatan yang teliti perlu diteruskan.Aku bersetuju dengan usaha Pas untuk mengajak berdialog melibatkan Jais dan pihak gereja sebagai satu cara penyelesaian.


Berbalik kepada isu Akta Jenayah Akidah,cadangan akta ini dialu- alukan jika isinya bertepatan dengan kehendak hukum syariat.Namun begitu,pada hakikatnya,isu gejala murtad ini akan boleh selesai jika sistem hukum hudud dan qisas diamalkan.Ini kerana isu murtad ini bukan sudah menjadi rahsia lagi.Masalah murtad dan pemesongan akidah ini boleh diselesaikan berpandukan Al quran dan sunnah.


sekadar pendapat..


wallahualam..









No comments:

Post a Comment