segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam yang telah menciptakan dunia dengan begitu indah beserta isinya.Awan pekat berbondong-bondong digiring angin,hujan bersih menitik dari langit biru,tumbuhan mekar menghijau menghiasi bumi,menyegarkan mata dan menyejukkan hati...selawat dan salam keatas jujungan kita,sayyidul amri,Muhammad rasulullah s.a.w...
saatnya diri bercermin,melihat seberapa kotor wajah dek habuk debu kehidupan,saatnyalah diri ini menimbang dengan penuh kejernihan...
alhamdulilah,entri kali ini ingin aku sifatkan sebagai tazkirah kepada semua umat Muhammad s.a.w yang sentiasa perlu diingatkan...
sebagai manusia yang bersifat an nisyan,dan lemah,memang terbukti setiap manusia itu akan melakukan dosa dan kesalahan..dosa yang dilakukan akan meliputi dosa besar mahupun dosa kecil...boleh dikatakan,apabila melakukan dosa maka itu adalah kesilapan manusia dan juga sebagai ujian daripada Allah...Allah mahu menguji dan ingin melihat sejauh mana teguhnya iman daripada tidak melakukan dosa,maka itulah dipanggil dugaan...dan sememangnya dugaan itu adalah anugerah,kerana itu lah tanda perhatian dari Nya....
apabila melakukan dosa,apa jenis dosa sekali pun,maka wajiblah seorang muslim itu bertubat,kembali ke pangkal jalan dari tidak mengulangi dosa tersebut...ini kerana,setiap dosa yang dilakukan pasti akan berkait rapat dengan hati..hati adalah sebagai 'center' kepada setiap perlakuan manusia dari segi teori rohani...orang yang melakukan dosa adalah orang yang kurang imanya..
para ulama' muktabar ada berpendapat bahawa satu cara untuk mengenal pasti tahap keimanan ialah dengan melihat kesan dosa di hati kita.Apakah hati kita akan terasa menyesal dengan sedalamnya dengan dosa yang telah dilakukan?atau kita tidak merasa apa apa mahupun hanya merasa ringan apabila berdosa?....andai kata hati kita merasa menyesal yang amat maka itulah tanda iman masih bertapak di dalam hati sanubari kita,jika sebaliknya,malah merasa gembira dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku,maka itu adalah petanda yang buruk...boleh jadi sudah tiada iman,kerana iman kita sudah melayang atau iman sudah lemah bercampur hati kita yang sedang sakit tenat dari segi batinnya...
penyesalan itu akan lahir dalam setiap hati nurani manusia selepas melakukan dosa.Tanda menyesal itu boleh dilihat dari segi mimik muka,tingkah laku mahupun percakapan.Namun kita harus ingat,menyesal itu bukan hanya sekadar duduk bersedih dan tidak melakukan apa-apa apatah lagi berputus asa,putus dari rahmat Allah..sesungguhnya Allah benci terhadap hambaNya yang berputus asa.Menyesal yang sebenarnya adalah dengan berbuat seuatu itu (selepas melakukan dosa) dengan tindakan yang selaras dengannya.Apabila menyesal dengan dosa,teruslah menghadapNya,bertaubat memohon keampunan dariNya yang Maha Pengampun..di samping itu berniatlah,berazamlah tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan..berbuat baiklah sebagai "penghapusan"dosa yang lampau.
marilah kita bertanya diri sendiri,dosa apakah yang telah banyak dilakukan?,bertanyalah diri kita dengan bilangan taubat yang dilakukan?,bermuhasabahlah dengan mengambil pengajaran...amat malang bagi kita sebagai hambaNya yang tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mencari rahmat dan memohon keampunan dari Allah.Ini kerana,sesungguhnya Ramadhan sentiasa dipenuhi keberkatan,rahmat,pengampunan dan lepas dari azab neraka.
Rasulullah pernah bersabda:Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkat; 'rugilah (kecewa)orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat ke atas mu'.Aku mengucap:'amin'. 'Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke syurga'; aku berkata;'amin'.Jibril berkata lagi:'rugi orang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa dosanya'.Lalu aku mengucapkan .'amin'..
lihat lah,berdasarkan hadis di atas,dijelasakan 3 perkara oleh Jibril tentang 3 keaadan yang merugikan kita.Betapa ruginya kita di akhirat sana apabila dosa tidak diampunkan,masuk ke neraka jauh darirahmatNya dan pengampunan.Menyesal lah dahulu kerana sesalkemudian hari tiada gunanya,jika mahu menagis,menangis lah sekarang kerana menangis di akhirat sana tiada gunanya.
takutilah akibat dosa yang dilakukan,jangan lah kita hanya sambil lewa dengan kemurkaan Allah s.w.t.,jika murka ibu bapa,adik beradik,sahabat handai pun membuatkan kita tidak senang duduk,apatah lagi kemurkaan Allah s.w.t. Takut lah kita kepada Allah..
sesungguhnya dosa itu akan membuatkan kita sempit,hati menjadi keras dan buta dari kebenaran.Dosa akan menutup pintu hati dari melihat yang benar,secara tidak langsung akan silap di dalam melakukan penilaian yang benar.Di dalam kehidupan,dosa akan menyebabkan perasaan menjadi tidak keruan.dan akan menjadikan jiwa selalu kacau.Akan ada sahaja yang tidak kena walaupun kita sudah mempunyai harta,kesihatan,pekerjaan.Firman Allah,"dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku ,maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit"Thaha:24.
Ibnu Kathir ada menjelaskan tentang keadaan orang yang melakukan dosa,"di dunia ini,dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan,hatinya gelisah kerana kesesatanya.Meskipun lahiriahnya nampak begitu senang,mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini,mampu tinggal di mana sahaja yang dikehendaki,namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah dan bingung,ragu dan masih terus ragu.Ini adalah kehidupan yang sempit."
Amat sakit umtuk mendapatkan hati yang sensitif terhadap dosa yang dilakukan.Namun kerana kesakitan itu lah yang mejadi penawar bagi hati hitam yang keras.Dalam kesakitan itu ada kemanisannya.Semoga Allah mengurniakan sekeping hati yang diredhaiNya kerana hati yang baik sahaja yang dapat menyingkap hijab yang membelenggu kita selama ini.
Ya Allah,kurniakanlah kami hati yang Kau redhai agar hidup kami dan juga ramadhan kali ini yang terbaik yang dapat kami lakukan dengan penuh keimanan dan kesyukuran.Sesunggunhya janji Mu adalah benar,kasih sayang Mu adalah benar.Amin.
sekadar berkongsi
wallahualam....

No comments:
Post a Comment