Sunday, 11 September 2011

pengajian pondok...

Alhamdulilah....
Syukur kepada Allah dan selawat juga salam kepada Muhammad Rasulullah s.a.w...


Agak sudah lama laman post blog ini tidak di "update"...syukur ke hadrat Illahi kerana memberi ruang dan kesempatan untuk menulis sedikit entri sebagai perkongsian sekaligus menjadi wacana di dalam blog ini setelah berjaya lepas dari situasi yang sibuk untuk menyambung pelajaran...


Entri kali ini adalah berkisarkan tentang pengajian pondok seperti tajuk yang tertera di atas.Tercetusnya idea untuk menulis post kali ini adalah kerana setelah secara tiba-tiba datangnya ilham berdasarkan pemerhatian sistem pengajian di universiti dan pengajian pondok.


Apa itu pengajian pondok?...secara zahir dan jujurnya, apabila terlintas perkataan pengajian pondok,apa yang terlintas di fikiran kita?kebanyakan orang akan membayangkan bahawa pengajian pondok adalah satu sistem pendidikan yang tidak formal,selekeh,kolot,tiada masa depan malah yang paling teruk ada yang mengatakan sistem pondok hanyalah sia-sia.
gambar hiasan
Persoalannya,adakah semua ini benar?!


Hakikatnya,sejarah pengajian pondok di negara kita telah bermula seawal sekitar abad ke-20 dan di penghujung abad ke-19 lagi.Tercatat di dalam sejarah ulama'-ulama' nusantara bahawa pondok pertama yang telah diasaskan di tanah melayu adalah pondok Pulai Chondong,Kelantan,pondok pengajian yang tertua di tanah melayu sekitar 1820 masehi.


Sistem pengajian pondok adalah sistem yang berasaskan 'talaqqi' kitab,yakni kaedah mempelajari kitab agama mahupun 'lughah' dari seorang tok guru atau mursyid.Kaedah 'talaqqi' ini adalah kaedah pelajaran memahami kitab dari kulit ke kulit,huruf ke huruf dari awal sampai akhir.Kaedah ini menjadikan pelajar pondok memahami ilmu secara mendalam higga fasih.Kaedah ini memakan masa yang agak panjang.


Namun begitu,di sesebuah tempat,pengajian pondok di masa kini ada yang telah sedikit berubah sesuai mengikut peredaran masa dan zaman.Walaubagaimanapun,majoriti pusat pondok masih lagi meneruskan sistem 'talaqqi' yang sememangya menjadi 'nadi' dalam penyampaian ilmu.
gambar hiasan


Berbeza dengan sistem pengajian di universiti,di kampus pembelajaran yang ditawarkan mesti mengikut aliran masa yang ditetapkan untuk menghabiskan pengajian.Untuk menghabiskan pengajian,para pelajar perlu untuk menghabiskan sesuatu subjek mengikut 'credit hour' mahupun 'contact hour' walau cara apa sekalipun.Dan mungkin ada antara pelajar yang belajar bukan untuk mendalami ilmu,tetapi pelajar lebih hanya menumpukan untuk menjawab peperiksaan dan untuk mencukupkan syarat-syarat yang ditetapkan semata-mata.Bukan niat untuk membandingkan cara pembelajaran yang bagus atau yang mana tidak bagus,namun itulah perbezaan ketara diantara sistem pembelajaran pondok dan universiti.Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan.


gambar hiasan
Realiti yang bermain di dalam masyarakat kita sekarang adalah,sistem pondok ini telah dilihat sebagai jalan akhir para ibu bapa untuk menghantar anak mereka untuk belajar.Sebahagian ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang bermasalah untuk belajar di pondok.Malah ada yang menghatar anak mereka setelah anak-anak mereka tiada harapan lagi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat atas.Yang lebih menyedihkan ada ibu bapa setelah mengahantar anak mereka ke pondok,mereka langsung tidak mengambil peduli akan perihal anak mereka kerana telah meletakkan harapan bahawa tenaga-tenaga pengajar di pondok akan mengubah anak-anak mereka.Dengan izin Allah,insyaallah anak-anak akan berubah menjadi seorang insan yang baik apabila mendekatkan diri dengan agama.


Sebaiknya,pengajian agama itu diutamakan.Tidak kisahlah walau bukan di pondok sekalipun,namun inisiatif untuk mencari ilmu agama itu perlu dipergiatkan di samping menutut ilmu fardhu kifayah yang selainnya.
Sebagai muslim kita mestilah menyokong institusi pengajian pondok ini supaya lebih maju setanding dengan sistem pengajian yang lain.Jangan kita sesekali memperlekehkan institusi pondok ini kerana mereka telah melepaskan kita dari kemurkaan Allah s.w.t kerana menyebarkan ilmu fardhu ain di dalam masyarakat di mana hukumnya adalah wajib.


sekadar pendapat dan perkongsian..


wallahualam...



Sunday, 28 August 2011

Syaitan pun beraya......

gambar hiasan
Sebulan berpuasa melatih kita banyak perkara.Kita melatih diri menahan nafsu dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.Pada masa yang sama,Ramadhan melatih kita untuk memperbanyakkan amal ibadah,zikir dan bacaan Al quran.Setelah itu,Syawal menjelma.Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan untuk melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.Namun,apakah dengan berakhirnya Ramadhan,ketaqwaan dan keimanan kita akan semakin menebal?...jika semakin menebal,maka itulah tanda amal ibadat kita diterima.


Mari kita berbalik pada tajuk asal...Syawal atau Eid-Al fitr bermakna kembali kepada fitrah.Hari di mana manusia kembali semula kepada fitrah kejadian manusia sebagai makhluk.Hari Raya aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi mereka yang terkeluar dari jalan kebenaran melalui proses pembaikan di bulan Ramadhan dan berjaya dikembalikan kepada yang asal,maka kita merayakan hari tersebut.Hari Raya juga adalah hari membesarkan Allah S.W.T dan memanjatkan syukur kepada Nya.Syawal bukanlah bulan untuk berhibur dan bukan pula bulan memuaskan nafsu makan.Pada masa kini,setiap hari saluran TV menghidangkan hiburan yang rata ratanya tersimpang dan lari daripada maksud hari raya yang sebenar.


Daripada Nya kita datang,dan kepadaNya kita kembali.Hari Raya adalah hari kembali.Hari di mana kita melepaskan rasa cinta yang agung kepada Sang Penciptanya.Maka,oleh itu,tiada perkataan yang terkeluar dari bibirnya melainkan pujian yang sebanyak banyaknya.Tiada nama nama lain menyebut nama yang manis dengan berzikir dan bertahmid.


Itulah sebenarnya hari raya berdasarkan pemahaman di atas.Namun begitu,mari kita bertanya diri sendiri...Adakah begitu sambutan Hari Raya kita?..begitukah perlaksanaan Eid-Al Fitr kita?...atau kita sudah jadikan hari raya sebagai hari sambutan mengikut acuan kita...apa kita nak buat kita punya suka,orang lain peduli apa !....tidak mengikut syariat dan berdasarkan hawa nafsu.


gambar hiasan
Hari raya itu berlakunya situasi di mana,syaitan yang dirantai dibebaskan semula.Haha...syaitan pun dah kembali beraya dan bermaharajalela.Di malam raya tu,kita sudah nampak, kemana kita?ke arah mana kita kembali?kembali kepada fitrah yang lebih baik dan diredhai atau menjadi hamba yang terpengaruh dengan bisikan syaitan?...renungkan,di malam raya kita sepatutnya beribadah tetapi ada diantara kita penuhi nafsu imarah kita.Ramai yang duduk sibuk membuat persiapan raya dari segi fizikal mahupun fizikal rumah.Hingga pada suatu tahap,anak-anak melayu kita termasuk yang tua sekalipun sibuk bakar bedil atau mercun mengalahkan cina yang nak halau hantu.Minatnya bakar mercun ni,mengalahkan budak-budak..hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa raya sakannya dia.


gambar hiasan
Ramai antara kita raya dengan makan minum,raya dengan hiburan,raya dengan pakaian untuk diperbandingkan.Terdedah sini,terdedah sana..bergaul bebas..berkepit sana sini..rumah terbuka secara berlebihan.Semua ini tampak seperti balas dendam.Ibarat baru sahaja melepaskan singa mengamuk yang kematian anak kerana dibunuh.Gaya sambutan raya seumpama ini telah secara terang terangan lari dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al Baqarah.."Dan hendaklah kamu semua membesarkan Allah(bertakbir) atas sebab hidayat yang diberikanNya kepada kamu dan semoga kamu menjadi orang yang bersyukur.".Nampaknya bukan Bid'ah yang telah dipraktikan malah jauh sejauh jauhnya kita terbabas.Marilah di bulan syawal akan menjelma ini,kita tekad kita kembali semula kepada asalnya.Hari raya adalah hari berlawannya kita dengan syaitan.Kita raya?ataupun syaitan yang beraya?..renung renungkanlah wahai umat muhammad.Kita lihat sapa yang kenaaaaa.....!


selamat hari raya!..maaf zahir batin...


sekadar pendapat dan perkongsian
wallahualam..

Friday, 26 August 2011

Pesanan di hari-hari akhir Ramadhan...

Alhamdulillah...
Allah humma salli 'ala muhammad sayyidina wa maulana muhammad...


Ramadhan semakin hari semakin jauh akan pergi meninggalkan kita.Insyallah,jika dizinkan Allah,akan dipertemukan lagi kita untuk bertemu Ramadhan pada tahun yang berikutnya.Menjadi adat di alam Allah ini,bahawasanya setiap pertemuan itu pasti menyaksikan perpisahan...Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat dan barakah.Malah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hamba Nya yang ikhlas beribadat.


Rasulullah pernah menyebut bahawa ramadhan itu terbahagi kepada 3 fasa.Pada permulaanya adalah rahmat,pada pertengahanya adalah pengampunan dan pada terakhirnya adalah pelepasan dari azab api neraka.


Entri kali ini,bolehlah disifatkan sebagai tazkirah untuk diri sendiri sekaligus berkongsi pesanan di penghujung ramadhan.Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam keadaan yang lalai.Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada,setiap jam yang dilalui,setiap minit yang ditmpuh,setiap saat yang ditunggu dan setiap detik yang berlalu untuk memastikan ramadhan kali ini adalah yang paling baik dan cemerlang.


1) Di 10 malam terakhir,Allah menjanjikan malam yang sangat berharga iaitu malam lailatul qadar.Oleh itu rebutlah peluang di tiap2 malam ini dengan berkorban masa dan tenaga dan apa sahaja kudrat yang termampu untuk mencari malam laiatul qadar ini.Lagi beruntung kepada seseorang itu jika amalan bangun malam ini bermula olehnya sepanjang ramadhan lagi.Di malam malam ini,Allah menjajikan ganjaran teramat amat besar di samping memakbulkan segala doa.
Ber'itikaflah!,bangunlah!,persembahkanlah!,taubat,harapan dan doa serta rintihan kerana malam itu hanya sekali setahun.




2)Perbanyakkan amalan membaca Al Quran,bersedekah jariah,solat sunat dan segala kebaikan kerana setiap amalan baik kerana Allah akan diberi ganjaran dan direkod sebagai bukti di alam barzakh kelak.




3)Di fasa terakhir Ramadhan adalah pelepasan daripada azab api neraka.Oleh itu,kita disarankan untu banyakkan istighfar,basahkan lidah dengan zikrullah,menyesali perbuatan yang telah dilakukan dan menanam azam tidak mengulanginya.Sesungguhnya Allah menanti taubat dan permohonan ampun dari hambaNya.


4)Sebelum berbuka puasa,ambil sedikit masa untuk berdoa dan beristighfar kerana waktu itu adalah antara satu masa mustajabnya doa.Afdhal dilakukan secara berseorangan.


Di kesempatan yang ada,sama-samalah kita memanfaatkan waktu yang ada untuk bersungguh sungguh memecut laju dalam beribadat pada penghujung bulan yang mulia ini.Beistiqamah dalam beramal itu dituntut.Berlumbalah pada kebaikan di saat ini,kerana kita belum tentu akan bertemu Ramadhan pada akan datang...


selamat hari raya!...maaf zahir batin


sekadar berkongsi..
wallahualam....
-mohd shahir mat jusoh-

Tuesday, 23 August 2011

Riots in UK,the reality....

Assalamualaikum.....


A riot means,a form of civil disorder characterized often by disorganized group lashing out the sudden intense rash of violence against authority,property or people.


Between 6 and 10 August 2011,a lot of London districts,and many towns in England have faced widespread rioting and looting.What i want to share here is,just a simple question..why this riots occurred,here in London??....


First of all,to answer such question,we need to understand the socio-economic in Britain.This is because,between one of the big reasons the riots occurred was due to the differences and huge gap between rich and poor.In the real scenario,this riots in the Britain have prompted many to look closer at what is happening over there.Many experts think that,the differences in socio-economics which is the income inequality is compounded by a sense of deprivation, racism and distrust of the police. Consumerism has heightened the sense of relative deprivation and prompted some to take short-cuts to achieve the usual, superficial trappings of youthful yearning – hence the looting of high-street shops selling merchandise much coveted by the youth.


But,in fact,according to actual story,this riots happened was the result of a group of youngsters who took the opportunity to create chaos during the protest the death of Mark Duggan who was shot dead by the police where he was in a state of defenseless.Mark Duggan is a young black British citizens.Their concerns was very legitimate.This fact shows that,their concern were very low because of differences in skin,thus showing that there are still racial differences among people in UK. 


The victim's family decided to demonstrate with dignity and peace to express their feelings to avenge the death of Mark Duggan.In the beginning,the protest was held peacefully, until suddenly a very quickly gang members of youth took an advantage of the situation and started to destroy cars,building,premises and robbing innocent citizens.


Most experts also say that,the young protesters was not really into justice or equality for the death of Mark Duggan.Their action was actually based on the influences from electronic media such as games and virtual culture where destroying things seemed easy in reality.This event is also seen as a revolt of the youngsters in social justice.It is also due to the moral decay which is ,the rich and powerful generating anger among the British people and shows a bad example.The recent cases occurred such as MP's expenses scandal,bankers bonuses and the phone hacking scandal have set a poor examples.


Besides that,it has been clearly shows the real attitude of the young generation in Britain - very rude,arrogant,violent and disrespectful of others without limitation as a result of free culture.They (youngsters) took advantage of the peaceful death protest to violent and form a street gangs and gathered together to make chaos.


The violence has also hit other cities in England on Saturday night,but in London,where police placed additional members,it generally has been recovered following the chaos of three consecutive nights where teenagers crashed into damaging public property.


According to one report,one of the senior officer of Scotland Yard stated that,"there is no injustice or something that happened to cause chaos.It is a purely criminal act,the most horrific things i have ever seen."Through this statement,we can conclude that,there are something going wrong,deeply wrong,in British society.
What we can say is,maybe the law enforcement in Britain was not 100% enforced or the education system was not going well.The four day riot that resulted of 100 million pound,while the police need additional provisions to cover operation.A total of 16000 members from 30 teams located in London to control the riots maybe,compared 6000 in last week.


This riot is the biggest test to David Cameron as Prime Minister of Britain when Britain try to get out of its economics crisis.It also show the world the bad Image of London before hosting 2012 Olympic tournament.


This is just as my opinion..


wallahualam..







Monday, 22 August 2011

Cerita si anak ikan.....

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".
Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....Suatu hari nanti, anakanda akan diuji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara."
"Alam apa itu ibu?"
"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.
"Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."
Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu..

.Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata,
" Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....", terlintas nafsu yang datang menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat...setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalam dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.

Friday, 12 August 2011

akta jenayah aqidah

assalamualaikum....


segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam..selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad rasulullah s.a.w...


baru2 ini telah diusulkan satu akta baru di dalam sidang parlimen Malaysia yang khusus untuk membela aqidah umat islam di negara ini,khasnya bagi membendung gejala murtad yang sangat berleluasa berlaku dalam kalangan melayu islam umumnya...


Akta tersebut telah diusulkan sebagai Akta Jenayah Akidah,oleh salah seorang jemaah menteri iaitu timbalan menteri pelajaran,dr Puad Zarkashi.Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno,menyarankan agar diwujudkan akta ini khusus untuk membendung gejala murtad dan juga usaha memurtadkan orang islam di negara ini.Ini adalah kerana,bedasarkan fakta sahih di Malaysia,seperti yang dikhabarkan telah berlaku lebih dari 230,000 orang islam murtad memeluk kristian pada tahun 2008.Perkara ini telah dilihat sebagai satu keadaan yang amat serius yang sedang berlaku.


Secara zahirnya,gejala murtad ini berlaku adalah kerana pemantapan akidah dalam kalangan umat islam di Malaysia masih lagi tidak kukuh.Di Malaysia ini,sebut sahaja melayu maka secara automatiknya dikira sebagai islam.Namun begitu islam yang disebutkan itu hanyalah pada nama,tidak pada hati.


Di dalam Perlembagaan Malaysia,Perkara 3 (1) ada memperuntukan bahawa agama Islam itu adalah agama persekutuan,walau bagaimanapun agama-agama lain masih boleh diamalkan.Walaupun menurut tafsiran undang-undang bahawa Islam itu tidak dilabel sebagai agama rasmi,namun begitu kita begitu jelas bahawa agama utama yang diamalkan bagi Persekutuan Malaysia adalah islam.Agama islam telah diberikan hak keutamaan di negara ini termasuk seluruh umat islam.


Sebagai rakyat, kita perlulah jelas dalam memahami perkara ini.Oleh sebab itu,di dalam Perlembagaan ,Perkara 11(4) juga telah dinyatakan jelas bahawa,orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk menyebarkan atau berdakwah ajaran mereka kepada orang Islam yang bermaksud orang bukan islam tidak dibenarkan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.Dalam erti kata lain,orang bukan islam tidak boleh sama sekali menjalankan sebarang aktiviti ajaran mereka dengan bertujuan untuk umat islam menukar agama.


Menyentuh isu serbuan Jais di gereja damansara baru-baru ini,perkara ini harus dilihat dari pelbagai sudut pandangan.Pada pendapat aku,Jais boleh bertindak di bawah bidang kuasa undang-undang yang diperuntukan untuk membendung ajaran bukan Islam didakwahkan kepada umat Islam.Walaubagaimanapun,hasil siasatan yang teliti perlu diteruskan.Aku bersetuju dengan usaha Pas untuk mengajak berdialog melibatkan Jais dan pihak gereja sebagai satu cara penyelesaian.


Berbalik kepada isu Akta Jenayah Akidah,cadangan akta ini dialu- alukan jika isinya bertepatan dengan kehendak hukum syariat.Namun begitu,pada hakikatnya,isu gejala murtad ini akan boleh selesai jika sistem hukum hudud dan qisas diamalkan.Ini kerana isu murtad ini bukan sudah menjadi rahsia lagi.Masalah murtad dan pemesongan akidah ini boleh diselesaikan berpandukan Al quran dan sunnah.


sekadar pendapat..


wallahualam..









Thursday, 11 August 2011

mencari taubat..

Assalamualaikum....

segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam yang telah menciptakan dunia dengan begitu indah beserta isinya.Awan pekat berbondong-bondong digiring angin,hujan bersih menitik dari langit biru,tumbuhan mekar menghijau menghiasi bumi,menyegarkan mata dan menyejukkan hati...selawat dan salam keatas jujungan kita,sayyidul amri,Muhammad rasulullah s.a.w...

saatnya diri bercermin,melihat seberapa kotor wajah dek habuk debu kehidupan,saatnyalah diri ini menimbang dengan penuh kejernihan...
alhamdulilah,entri kali ini ingin aku sifatkan sebagai tazkirah kepada semua umat Muhammad s.a.w yang sentiasa perlu diingatkan...

sebagai manusia yang bersifat an nisyan,dan lemah,memang terbukti setiap manusia itu akan melakukan dosa dan kesalahan..dosa yang dilakukan akan meliputi dosa besar mahupun dosa kecil...boleh dikatakan,apabila melakukan dosa maka itu adalah kesilapan manusia dan juga sebagai ujian daripada Allah...Allah mahu menguji dan ingin melihat sejauh mana teguhnya iman daripada tidak melakukan dosa,maka itulah dipanggil dugaan...dan sememangnya dugaan itu adalah anugerah,kerana itu lah tanda perhatian dari Nya....

apabila melakukan dosa,apa jenis dosa sekali pun,maka wajiblah seorang muslim itu bertubat,kembali ke pangkal jalan dari tidak mengulangi dosa tersebut...ini kerana,setiap dosa yang dilakukan pasti akan berkait rapat dengan hati..hati adalah sebagai 'center' kepada setiap perlakuan manusia dari segi teori rohani...orang yang melakukan dosa adalah orang yang kurang imanya..


para ulama' muktabar ada berpendapat bahawa satu cara untuk mengenal pasti tahap keimanan ialah dengan melihat kesan dosa di hati kita.Apakah hati kita akan terasa menyesal dengan sedalamnya dengan dosa yang telah dilakukan?atau kita tidak merasa apa apa mahupun hanya merasa ringan apabila berdosa?....andai kata hati kita merasa menyesal yang amat maka itulah tanda iman masih bertapak di dalam hati sanubari kita,jika sebaliknya,malah merasa gembira dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku,maka itu adalah petanda yang buruk...boleh jadi sudah tiada iman,kerana iman kita sudah melayang atau iman sudah lemah bercampur hati kita yang sedang sakit tenat dari segi batinnya...


penyesalan itu akan lahir dalam setiap hati nurani manusia selepas melakukan dosa.Tanda menyesal itu boleh dilihat dari segi mimik muka,tingkah laku mahupun percakapan.Namun kita harus ingat,menyesal itu bukan hanya sekadar duduk bersedih dan tidak melakukan apa-apa apatah lagi berputus asa,putus dari rahmat Allah..sesungguhnya Allah benci terhadap hambaNya yang berputus asa.Menyesal yang sebenarnya adalah dengan berbuat seuatu itu (selepas melakukan dosa) dengan tindakan yang selaras dengannya.Apabila menyesal dengan dosa,teruslah menghadapNya,bertaubat memohon keampunan dariNya yang Maha Pengampun..di samping itu berniatlah,berazamlah tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan..berbuat baiklah sebagai "penghapusan"dosa yang lampau.


marilah kita bertanya diri sendiri,dosa apakah yang telah banyak dilakukan?,bertanyalah diri kita dengan bilangan taubat yang dilakukan?,bermuhasabahlah dengan mengambil pengajaran...amat malang bagi kita sebagai hambaNya yang tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mencari rahmat dan memohon keampunan dari Allah.Ini kerana,sesungguhnya Ramadhan sentiasa dipenuhi keberkatan,rahmat,pengampunan dan lepas dari azab neraka.


Rasulullah pernah bersabda:Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkat; 'rugilah (kecewa)orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat ke atas mu'.Aku mengucap:'amin'. 'Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke syurga'; aku berkata;'amin'.Jibril berkata lagi:'rugi orang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa dosanya'.Lalu aku mengucapkan .'amin'..


lihat lah,berdasarkan hadis di atas,dijelasakan 3 perkara oleh Jibril tentang 3 keaadan yang merugikan kita.Betapa ruginya kita di akhirat sana apabila dosa tidak diampunkan,masuk ke neraka jauh darirahmatNya dan pengampunan.Menyesal lah dahulu kerana sesalkemudian hari tiada gunanya,jika mahu menagis,menangis lah sekarang kerana menangis di akhirat sana tiada gunanya.


takutilah akibat dosa yang dilakukan,jangan lah kita hanya sambil lewa dengan kemurkaan Allah s.w.t.,jika murka ibu bapa,adik beradik,sahabat handai pun membuatkan kita tidak senang duduk,apatah lagi kemurkaan Allah s.w.t. Takut lah kita kepada Allah..


sesungguhnya dosa itu akan membuatkan kita sempit,hati menjadi keras dan buta dari kebenaran.Dosa akan menutup pintu hati dari melihat yang benar,secara tidak langsung akan silap di dalam melakukan penilaian yang benar.Di dalam kehidupan,dosa akan menyebabkan perasaan menjadi tidak keruan.dan akan menjadikan jiwa selalu kacau.Akan ada sahaja yang tidak kena walaupun kita sudah mempunyai harta,kesihatan,pekerjaan.Firman Allah,"dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku ,maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit"Thaha:24.


Ibnu Kathir ada menjelaskan tentang keadaan orang yang melakukan dosa,"di dunia ini,dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan,hatinya gelisah kerana kesesatanya.Meskipun lahiriahnya nampak begitu senang,mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini,mampu tinggal di mana sahaja yang dikehendaki,namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah dan bingung,ragu dan masih terus ragu.Ini adalah kehidupan yang sempit."


Amat sakit umtuk mendapatkan hati yang sensitif terhadap dosa yang dilakukan.Namun kerana kesakitan itu lah yang mejadi penawar bagi hati hitam yang keras.Dalam kesakitan itu ada kemanisannya.Semoga Allah mengurniakan sekeping hati yang diredhaiNya kerana hati yang baik sahaja yang dapat menyingkap hijab yang membelenggu kita selama ini.


Ya Allah,kurniakanlah kami hati yang Kau redhai agar hidup kami dan juga ramadhan kali ini yang terbaik yang dapat kami lakukan dengan penuh keimanan dan kesyukuran.Sesunggunhya janji Mu adalah benar,kasih sayang Mu adalah benar.Amin.


sekadar berkongsi


wallahualam....





Wednesday, 10 August 2011

resepi juadah berbuka puasa....gulai cili api tenggiri daun kunyit...

Assalam.....


untuk post kali ini,terpanggil aku untuk berkongsi satu resepi masakan di mana, bagi aku seswai untuk juadah berbuka puasa semepena bulan Ramadhan...satu masakan yang simple la kot,x lah rumit sgt......bleh la kepada sesiapa yang ingin mencuba..aku x la pandai sgt memasak,tp minat tu ade la sket,sbb aku suke mkn....jd resepi ini sbg satu perkongsian ilmu....


di sini aku tuliskan cara2 memasak gulai cili api tenggiri daun kunyit ,


cara2 nya adalah:


bahan-bahan:


1) 3 keping ikan tenggiri
2) 2 cawan santan pekat
3) 2 cawan air
4) 2 biji tomato (belah 4)
5) 1 helai daun kunyit (koyak-koyakkan)
6) 1terung bulat (belah 4)
7) garam secukup rasa


bahan kisar (nk tumbuk pun bleh):


1) 15  biji cili api
2) 3 ulas bawang merah
3) 2cm kunyit hidup


cara- cara:


tumis bawang merah berserta cili yang ditumbuk td,sehingga naik bau...masukan air,kacau sehingga mendidih...and then,masukan santan pekat dan kacau sehingga sebati...masukan kunyit hidup yang ditumbuk tadi dan selepas itu masukan ikan tenggiri...masukan tomato dan terung bulat dan daun kunyit..dan masukan garam secukup rasa,gula sedikit dan jika mahu,serbuk perasa sedikit...kacau sebati dan masak sehingga mendidih...lepas tu dah boleh hidang....


note:kalu x nak ikan tenggiri pun x pe,ikan merah pun boleh....hehe


selamat mencuba....!!.....


wallahualam.....




Monday, 1 August 2011

fadhilat dan keistimewaan bersujud...

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan
 Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
 sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
 biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan
 zikir dan doa didalamnya.

 Sabda Rasulullah s. a. w :-
 "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
 dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
 hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

 Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita
 ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
 ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

 "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
 halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
 kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
 bersih dan kejayaan yang besar.
" Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
 manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
 dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

 Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
 memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w
 biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
 hairan kerana lamanya baginda bersujud.

 Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
 baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

 "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan
 mengenalinya di hari kiamat"

 Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah
 engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
 wahai Rasulullah?"

 Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya
 sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
 hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
 putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
 mengenalinya?"

 Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
 Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
 itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)
 disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
 mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri
 oleh cahaya wudhu' !!!"


 dan antara keistimewaannya (bersujud) adalah:,

 Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
 sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

 "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)
 kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
 memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang
 yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
 mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi
 mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
 (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun
 keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
 dimakan api neraka selain bekas sujud"

 Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
 Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
 di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat
 perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
 hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

oleh itu sahabat2 ku,perbanyakkan lah ibadah kita dan 
bersujudlah menghadap Tuhan mu yang Esa...sesungguhnya 
Allah menyukai hambaNya yang sentiasa ingin mendekatkan 
diri kepadaNya...rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini untuk kita memperolehi ganjaran yang berlipat ganda....

wallahualam....

Monday, 25 July 2011

muamalat halal....kembalikan matawang syariah....

Sudah agak sekian lama blog aku ni bersarang tanpa info....alhadulillah,akhirnya diizin kan aku olehNya untuk menulis dan merungkai idea untuk berkongsi ilmu bersama kalian.....


topik kali ini adalah berkaitan sedikit perkongsian mengenai matawang syariah....
apa itu matawang syariah...?secara zahirnya,apabila disebut matawang syariah,maka secara automatiknya kita akan membicarakan mengenai sistem dinar emas atau dirham perak....sistem dinar dan dirham ini pada hakikatnya telah lama diguna pakai sejak di zaman Rasulullah lagi...kali terakhir sistem ini terhapus adalah sejak jatuhnya khalifah Ummayyah....
sehigga sekarang,sistem dinar dan dirham telah lama luput ditelan zaman,masa berganti masa,matahari silih berganti dan telah diganti dengan sistem matawang konvesional iaitu matawang kertas....
Oleh itu,mari kita memahami sedikit tentang info matawang kertas yang digunakan di dalam aktiviti harian kita...
matawang kertas adalah alat perantara dalam menetukan harga barangan didalam jual beli....kertas yang digunakan telah diletakkan nilai untuk beroperasi di dalam sistem pertukaran barang yakni jual beli....
dan pada hakikatnya,sistem matawang kertas ini adalah sistem riba yang dikenali sbg riba an nasiah...mengapa dikatakan riba?...ini adalah kerana,penggunaan nilai matawang kertas tidak meliputi atau mengandungi nilai sebenar...hakikatnya setiap RM10 itu ribanya adalah RM9.96 sen....ini kerana,kertas yg digunakan sbg duit itu sedikit nilainya...kertas tidak mempunyai nilai yang sebenar....kita secara tidak langsung kita telah berdepan dengan 'syirik' yg amat besar kerana apabila bersetuju dengan penggunaan wang kertas,secara am nya kita telah bersetuju bahawa ada kuasa selain Allah sebagai Yang Maha Memberi Rezeki.....bukan setakat itu sahaja,pencabulan rukun iman kita juga berlaku apabila penggunaan matawang kertas disamakan seperti sistem dinar dan dirham...
menyentuh perkara ini,amat lah besar dosa kita sbg umat islam dimana kepecayaan iman telah terjejas....bertepatan dengan firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 278,mafhumnya.."hai orang orang beriman,bertawakkallah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba(yang belum dipungut) jika kamu orang orang yang beriman"..di dalam ayat 279,Allah juga berfirman.."maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak akan menganiaya dan tidak (pula) dianiaya"...
sesungguhnya fitnah besar seumpama ini telah bermula pada zaman kita sejak tahun 1924 lg,di zaman kejatuhan kahlifah umayyah....bermula dari tahun ini lah,umat Islam telah didedahkan dengan satu tipu daya yang dahsyat dimana merangkumi aspek ekonomi dan kewangan tetapi sebenarnya menutupi keadilan...tanpa keadilan maka setiap sistem muamalat adalah rosak dan tidak relevan....kita masih mencari bayang di dalam gelap gelita!...namun inilah pembohongan Barat yang sangat jelas yang tidak mampu ditolak dan dibuang oleh umat Islam..amat lah besar kemungkinan kepada kita untuk kita mati dalam keadaan bermusuh kepada Allah....(na'uzubillah)..
oleh itu sama samalah kembalikan matawang syariah ke dalam dunia kita,menyahut seruan Illahi...


wallahualam

Wednesday, 13 July 2011

amalan ibadah sunat di bulan syaaban.....

alhamdulilah..insyaallah, tidak lama lagi kita akan bertemu penghulu segala bulan,bulan ramadhan..namun,sebelum bertemu ramadhan,kita mesti bertemu dahulu syaaban...dan sesungguhnya setiap bulan itu mempunyai rahmat dan barakahnya yang tersendiri..sebagai hamba kepada Allah,perlaksanaan ibadah itu tidak akan pernah berhenti selagi mana hayat dikandung badan..dan Allah memberi ganjaran yang tinggi kepada semua hambaNya dalam beribadat malah ditambahkan lagi ganjaran di dalam bulan yang tertentu...sesungguhnya  Allah itu Maha Kaya...di sini aku selitkan amal ibadah sunat di dalam bulan syaaban sbg persediaan untuk kedatangan bulan ramadhan....

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami
mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering
berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak
pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat  
dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

Huraian

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. 
Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian
bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia
berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan
persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan  
Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan danpada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat.Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
 "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban,maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv.Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam 
Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

sekadar berkongsi..wallahualam

Sunday, 3 July 2011

profesionalisme dalam berpolitik.....

Alhamdulilah,syukur kpd Allah yang mengizinkan aku untuk berceloteh suatu topik di mana insyaallah akan mengupas sedikit tentang realiti yang berlaku dalam senario politik malaysia....


ini adalah sbg pendapat sahaja dan luahan berdasarkan pemerhatian aku sebagai anak muda....


di malaysia ini,situasi dan aras politik masa kini masih belum menampakkan ciri kematangan yang proffesional selaras dengan usia politik yang baru sahaja menjangkaui separuh abad....
antara sebab yang boleh ditarifkan menerusi keaadan ini adalah perbezaan fahaman politik yang banyak mengikut hawa nafsu,perasaan hasad sekaligus tidak berpandukan Al quran dan as sunnah....


pada hakikatnya,implementasi dalam berpolitik ini sepatutnya dijadikan sebagai ibadah kpd Allah.... apabila perlaksanaan politik sebagai ibadah dilaksanakan,maka kesedaran untuk bermuhasabah dan mengamalkan prinsip adil dalam berpolitik malah mencapai matlamat agenda politik akan berada di landasan yang betul....


begitu lah hakikat nya...penerapan sifat ikhlas dalam membuat setiap kerja termasuk berpolitik mestilah kerana Allah taala...kita mesti meletakkan segala niat itu dan segala urusan pekerjaan terutamanya dalam melaksanakan amanah (berpolitik) mestilah kerana Allah.....keikhlasan itu akan timbul jika dengan meletakkan Allah itu yang pertama dalam setiap perbuatan...


ok..sekarang mari kita balik ke pangkal (back to basics)...apakah itu maksud ikhlas?..ikhlas dari segi masyarakat kita (muslim) bermaksud setiap perbuatan itu hanya kerana Allah...di mana, kita hanya mengharapkan ganjaran Allah taala...apabila ikhlas, itu adalah tanda seseorang beriman kpd Allah taala...amalan2 ikhlas dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah memberi segala nikmat untuk hidup di dunia ini....tanpa ikhlas amalan kita sememangnya akan menjadi suatu yang sia2 sesuai dengan fiman Allah dalam surah Al Ma'un ayat 4-6....mafhumnya:"maka kecelakaan yang besar bagi orang yang melakukan solat iaitu orang yang berkeadaan lalai dari menyempurnakan solat nya juga bagi orang yang berkeadaan riya' (dalam menunaikan ibadah mereka"...


apa yang aku ingin hubungkan antara keikhlasan dan berpolitik ini adalah pada hemat aku,jika setiap rakyat, muslim dan mukmin terutamanya ahli politik yang ikhlas dalam berpolitik maka politik kita akan bebas dari politik kotor,gejala rasuah,jatuh menjatuhkan dan sebagainya....hujah aku adalah kerana,apabila seseorang itu ikhlas, itu adalah tanda orang itu beriman dan orang yang beriman kpd Allah sekali kali tidak akan melakukan perbuatan yang jahat....sekaligus menunjukkan kematangan berpolitik akan timbul di Malaysia ini...dengan itu,maka tiadalah permusuhan,serangan peribadi yang sangat agresif,fitnah memfitnah dan sebagainya yang tidak mencontohkan akhlak yang tidak baik sebagai seorang pemimpin.....


apabila konsep ikhlas dijadikan perkara yang aula dan berjaya dihayati, maka setiap insan bergelar muslim termasuklah ahli politik akan menjadikan setiap urusan itu sebagai ibadah,secara tak langsung tidak akan ada kepentingan diri sendiri,kronisme dan sebagainya....malah setiap kerja politik itu akan berhubung kait terus dengan urusan akhirat dan persediaan untuk menjawab amanah Allah di akhirat kelak....


rasanya tidak salah jika aku mengambil sedikit contoh dunia politik barat di Amerika...bagi aku,contoh yang baik daripada dunia barat eloklah dijadikan iktibar untuk kita....seperti di Amerika..apabila musim pilihan raya dalam merebut jawatan presiden,dua parti besar mereka,Republikan dan Demokrat akan bersungguh sungguh melancarkan kempen undi dengan cara agresif tetapi cara yang berhemah...calon-calon mereka akan mengerahkan segala kudrat dan tenaga untuk memastikan agenda politik dan matlamat parti tercapai...pernah terjadi sewaktu pertembungan antara presiden george bush dan lawannya Al Gore di mana pada waktu itu keputusan pilihan raya berpihak kepada george bush..keputusan tersebut telah menjadi isu dan kontroversi lalu dirujuK kepada mahkamah..mahakamah memustuskan kemenangan george bush itu adalah mutlak lantas al gore menerima dan menyatakan "george bush adalah presiden saya dan seluruh rakyat amerika"....lantas tiada tuduh menuduh malah bercakaran antara satu sama lain...masing -masing menumpukan kepada agenda negara untuk membangunkan negara...namun itu adalah pendirian Al Gore berdasarkan sistem pemilihan yang adil dan saksama..namun begitu,jika ketidakadilan di dalam sistem pemilihan berlaku, maka wajiblah kita menegakkan yang haq....


bedasarkan senario yang berlaku di amerika,jelaslah perbandingan yang ketara dengan alam politik kita di Malaysia...apa yang berlaku di tempat kita,kematangan berpolitik masih lagi belum di capai...di Malaysia rata2 rakyat masih terikat dengan sentimen kepartian walaupun musim pilihanraya sudah lama berlalu...
Sehinggakan sentimen politik bercampur baur di dalam agenda pembangunan negara,kerjaya rakyat,pendidikan,perkhidmatan awam dan sebagainya..politik "sempit" mula tumbuh dan mekar dalam kalangan rakyat..penyakit politik seumpama ini kian menular ke semua peringkat seperti di jabatan kerajaan,institusi pengajian tinggi,sekolah,kedai kopi,masjid malah di kediaman jiran berjiran sehinggakan sesama jiran pun boleh bermasam muka...
Kesannya rakyat dengan mudah bersikap prejudis dan mudah menghukum dan menilai tanpa pemahaman...sepatutnya bukan politik "sempit' yang menular dalam kalangan rakyat,ianya sepatutnya adalah politik yang menyeluruh yang berasakan syariat untuk mencapai redha Allah...
budaya negatif seperti ini yang berlaku dalam senario politik ini akan merugikan kita.....budaya politik 'sempit' inilah akan menyebabkan pemerhatian,penilaian,keputusan dan pengkajian sesuatu itu tidak lagi berlandaskan syariat dan sunnah,proffesionalisme,kematangan,keadilan dan disiplin,tetapi dipengaruhi sentimen politik..misalnya,dalam pemberian jawatan,secara realitinya sudah tentu akan detiliti 'background' calon tersebut dari segi kredibiliti dan pelajaran..namun begitu pegangan politik juga telah menjadi syarat utama secara diam untuk kelayakan pemegang sesuatu jawatan....
kesannya orang yang layak tidak akan mendapat jawatan yang sepatutnya,tetapi orang yang tidak layak pula mendapat jawatan kerana fahaman politik...
perkara seumpama ini akan merugikan negara!!
sepatutnya rakyat di bumi Malaysia ini tidak perlu terjebak dengan kepentingan negara yang dinilai melalui pemahaman dan jiwa yang dipengaruhi oleh kepartian...pemilihan itu mestilah telus dan saksama....
Kita perlu ingat dan kembali kepada suruhan Allah dalam melaksanakan keadilan sosial dan masyarakat..


kita sebagai rakyat yang menitikberatkan politik yang matang mestilah menjadi penyokong yang tiada berbelah bagi untuk politik berlandaskan syariat..untuk ahli politik pula,mereka mestilah menjadi pendokong kepada politik yang berkongsepkan amal ibadah...pemimpin politik mestilah mengutamakan rakyat dengan cara mengemudiankan diri..tingkatkanlah iman kepada Allah kerana orang yang benar2 beriman sahaja yang mampu untuk mendahulukan kepentingan agama,umat dan negara..


ini adalah sebagai pandangan dan pendapat,mohon maaf jika ada silap dan salah...


sekadar berkongsi.....wallahualam









Saturday, 2 July 2011

Air mata rasulullah untuk umatnya....



nukilan sirah nabawiyah adalah untuk tujuan perkongsian dan penyebaran ilmu...perincian kisah ini adalah berpandukan fakta sebenar yang diadaptasikan melalui hadis2 yang sahih di mana telah diriwayatakan oleh para muhaddisin dan rujukan kitab sejarah...

Untuk renungan bersama,marilah kita menghayati kisah detik-detik Rasulullah SAW menghadapi Sakaratul Maut.....

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

“Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

'man solla 'alaiya wahidah,sollu 'alaihi biha 'asyrah...'

wallahualam...