Wednesday, 22 June 2011

astro.....

Baru2 ni telah timbul satu isu tentang kenaikan harga pembayaran pakej saluran tv berbayar oleh syarikat penyiar iaitu Astro...satu notis telah dikeluarkan pada 7 jun 2011 dengan mengumumkan kenaikan harga bayaran untuk setiap pakej-pakej siaran yang ditawarkan bermula pada 11 julai 2011....

aku sebagai rakyat malaysia di mana rumah aku juga melanggan pakej Astro agak kurang senang dengan pengunguman yang telah di buat...pada aku,alasan pihak astro yang mendakwa kenaikan kos untuk menampung perbelanjaan aset tetap milik mereka tu tidak rigid sama skali...bukan ape,hakikat nye astro lah syarikat astro ini la yang paling banyak membuat untung dalam penyiaran tv kerana tiada persaingan lain yang berlaku dalam industri tv berbayar ni....tambahan pula astro dh surely mendapat hak perlesenan khas dari kerajaan untuk beroperasi...x silap,astro mencapai keuntungan lebih 700 juta ringgit dalam satu2 masa(mengikut tahun)...

dulu kalau x silap astro dh pun menaikkan harga bayaran...skrg naik lagi...dh la skarang pun kos hidup makin naik...bil air,bil api,rumah,kereta,expenditure ank2,makan2..dan sebagainya..semua perlu duit untuk dibayar...

dan satu hakikat yang perlu diakui...kalau tgk astro masa hujan...?haiyaa!...tensyen kn?..huhu...lost signal....pastu siaran yang ade,berulang ulang...kalu sebulan tu..at least 15 kali bleh tgk crite same...hehe...bg aku,servis yang diberi mestilah selaras dengan jumlah bayaran yang dilunaskan...ini berkaitan hak pengguna...kesian pd rakyat kita di pendalaman yang juga perlukan hiburan dan infomasi,dan pengetahuan...hak pengguna mesti diutamakan selaras dengan akta pengguna 1999..consumer right...

perkara ini bg aku mesti kene ade kata putus secepat mungkin sbb,majoriti rakyat malaysia melanggan astro..rakyat sepatutnye x terbeban dengan kenaikan ini lebih2 lg pada waktu kenaikan minyak ni.....baru2 ni telah ade pihak telah bersuara dalam brite tv3...dan mereka telah memberi seminggu tempoh untuk astro menarik balik pengunguman tersebut..kalau x,astro akan menghadapi boikot beramai-ramai....

dan harapan aku,kerajaan perlu main peranan untuk menyelesaikan perkara ini...kalau boleh,sepatutnya astro perlu diberi persaingan syarikat lain supaya akan ada tawaran servis yang menguntungkan rakyat...tambah lg lesen untuk hak penyiaran tv berbayar kepada syarikat lain...seperti persaingan syarikat telekomunikasi yang ade skrang yang berlumba memberi khidmat terbaik...jangan ade monopoli...x adil....

kerajaan perlu mengkaji dan turut berusaha menyelesaikan perkara ini...aku harap..pengunguman terebut di tarik balik..dan peningkatan tahap servis dipertingkatkan....sekadar pendapat..wallhualam...




No comments:

Post a Comment